Wednesday, July 9, 2008

SARJANA MUDA YANG PELIK...

Nama program yang saya ambil di USIM ialah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, tapi setakat ni apa yang saya belajar di universiti ni boleh di katakan 80% subjek yang berkaitan dengan pengajian Islam, subjek program komunikasi sudah seperti subjek elektif pulak dan bukan subjek teras seperti yang sepatutnya. Saya cuba jugak dapatkan jawapan dari bahagian akademik tapi diorang tak bagi tanya dan suruh duduk diam2 dan belajar saja subjek yang telah di tetapkan. Bila saya fikir2 balik dari satu sudut memang lah bagus bak kata orang putih “ for the sake of knowledge it’s good “ tapi bila saya melihat perkara ni dari sudut pandangan yang berbeza ia seolah2 lebih memberi penekanan di aspek teori dan subjek yang tidak berkaitan dengan program dan akan mengakibatkan pelajar2 lebih memahami subjek lain dari program yang di ambil sedangkan pelajar sepatutnya lebih memahami, mahir dan menguasai subjek program yang di ambil.

Macam dalam kes saya ni, di awal2 kemasukan ( sudahlah Program Komunikasi Usim tidak menawarkan program komunikasi organisasi atau perhubungan awam yang saya idam2kan ) saya agak terkejut juga apabila mengetahui yang program komunikasi di USIM wajib di ambil selama 4 tahun sedangkan di IPTA lain tidak lah selama itu. Dan yang terbaru bila saya semak balik subjek untuk semester 4 ni, saya agak terkejut yang subjek program saya hanyalah 2 subjek sahaja sedangkan subjek wajib Universiti ada 6 dan subjek2 itu tidak berkaitan langsung dengan program komunikasi, dan saya tidak terperanjat kali ini kerana memang saya dah menjangkakan subjek2 tu ialah subjek pengajian Islam. Sehinggakan saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah saya mengambil jurusan komunikasi di USIM ini atau jurusan Pengajian Islam???

Adakah pihak Universiti mahu menjadikan kami semua ustaz dan ustazah dalam bidang yang akan kami sertai atau mahu menambah beban pengajian yang sudah sedia ada??? Tidak kah pihak Universiti berfikir bahawa tindakan mereka menjadikan pelajar sebagai bakal graduan penghafal buku dan bukannya graduan yang kreatif di dalam bidang masing2??? Sudah lah cara pembelajaran di Universiti lebih beroreintasikan peperiksaan dan melebihkan metod teori dari praktikal, dan ini amatlah membebankan para pelajar...

Kami para pelajar USIM yang pihak universiti pilih sudah sedia maklum berlatarbelakangkan pengajian Islam, jadi tidak perlulah pelajar di bebankan lagi dengan subjek2 pengajian Islam yang sama sekali tidak berkaitan dengan jurusan yang kami ambil.

Jadi saranan saya, tolonglah rombak semula silibus pembelajaran bagi program2 yang di tawarkan di USIM supaya kepala otak kami tidak lah terbeban sangat dengan subjek2 tersebut dan kami dapat lebih menumpukan perhatian kepada subjek2 jurusan yang kami ambil untuk di mahirkan dan di kuasai bagi memenuhi keperluan industri pekerjaan yang mahukan pekerja yang mahir dan kreatif dalam menjalankan tugas.

1 comment:

Anonymous said...

Tapi tak ke awak meluah di tempat yang salah.. kenapa tidak di pihak kaunseling atau di pihak pentadbir di caunselori