Tuesday, December 29, 2009

POLITIK KAMPUS @ MAMPUS!

Apa itu politik kampus? kalau tanya orang kampung aku, mereka akan cakap kena pegi
memangkah sesapa yang bagi kampung kita senang, kalau tanya budak2 uni aku, tah la aku pun
tak tau apa mereka akan cakap, agak2 nya bila kerani fakulti telefon suruh datang mengundi
(dtg 'click' butang tetikus sebab uni aku ni sistem pengundian dia antara yang tercanggih, itu pun
diorg cakap la!) baru kena datang mengundi, itu pun sebab takut kena tindakan tatatertib daripada dekan (tapi aku masih tertanya2 apa yang dekan blh buat).

'Pilihan raya kampus dapat membentuk mahasiswa sebagai pemimpin masa depan, menjadi pemimpin yang mewakili keseluruhan orang bawahan, mengamalkan budaya politik yang bersih, boleh mengurus dengan cekap dan mempromosi amalan membuat pilihan berdasarkan ilmu dan maklumat.' (Syarafuddin Sulaiman, 'Melangkaui politik sempit kampus", Milenia Muslim mac 2009)

Kepala bana apa Pro-aspirasi tu? besi buruk apa Pro-mahasiswa tu? kalau tanya budak2 uni aku tah la diorang tau ke tidak, sebab dekat uni aku ' the 1 and the only (choosen 1)' yang menjuarai pengundian dulu kini dan selamanya di uni aku (tahniah di ucapkan) kahkahkah bukak game sendiri, sendiri bertanding, pastu sendiri isytihar menang kahkahkah (gelak versi tukar tuuuttt (bukan nama sebenar) itu pun sebab orang di atas kayangan pun dah tentukan kot. Apa punya turr da...

'Pro-aspirasi jika diambil secra bulat-bulat merujuk kepada wakil pelajar yang pro-kerajaan. Tetapi dalam politik sebenarnya, istilah ini dipakai kepada calon wakil pelajar yang pro-parti pemerintah' (Syarafuddin sulaiman, 'Melangkaui politik sempit kampus', Milenia Muslim mac 2009)

'Istilah pro-mahasiswa pula digunakan untuk merujuk calon wakil pelajar yang mempertahankan hak-hak mahasiswa dan memperjuangkan kebebasan berpolitik'.

Ada orang tanya, ada ke politik kampus di uni aku? apa punye soalan daaa... kalau dah nama kampus dah tentulah ada politik, persoalannya sekarang adakah mereka yang menjuarai politik kampus itu atas nama kebajikan pelajar benar2 menggalas tanggunggjawab mendahulukan kebajikan pelajar dari kebajikan diri sendiri? (ye la kalau dah orang kayangan offer melancong ke negara Park Ji Sung, Rain, song Hye kyo atas nama lawatan sambil belajar, sape x nak ye dak).

'Apabila menjadi wakil pelajar, wajib mengutamakan hak-hak pelajar, tanpa mengira fahaman politik calon.'

Kalau ada yang tanya pada aku lagi ada tak politik kampus di kampus aku, aku akan tanya balik pada orang tu, kalau kau rasa politik kampus di kampus aku sudah mampus, maka mampus lah ia, kalau kau rasa politik kampus di kampus aku belum mampus, maka menang lagilah jawabnya puak2 tu kahkahkah

Betulkah politik kampus di kampus aku sudah mampus?

(hanya pandangan peribadi penulis setelah membaca artikel bertajuk 'Melangkaui Politik Sempit Kampus' (Syarafuddin Sulaiman, Milenia Muslim mac 2009)

Sunday, September 21, 2008

Rakyat tanggung beban, kerajaan tambah beban...?

Krisis Ekonomi:

Peningkatan Mendadak Harga Pasaran Petroleum Dunia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang maju dengan pesatnya disamping negara-negara lain di Asia Timur. Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan yang tinggi pada pertengahan 1997 dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 1991-1997 iaitu pada kadar 8.5 peratus setahun.

Walaupun indikator ekonomi menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah ekonomi industri, kemajuan industri yang dicapai adalah agak perlahan. Bertahun-tahun lama ekonomi Malaysia berkembang berasaskan kepada industri intensif buruh, tetapi peningkatan dalam kos buruh dan kewujudan ekonomi lain yang dapat menawarkan upah yang lebih murah meyebabkan Malaysia kehilangan faedah berbanding dalam proses pengeluaran.

Kegawatan ekonomi berkait rapat dengan fenomena globalisasi ekonomi yang berlaku. Sehubungan itu, fenomena kenaikan harga barang dan minyak juga turut menjejaskan kedudukan ekonomi negara. Globalisasi dan liberalism membawa ancaman dan faedah, namun ia lebih menjejaskan kedudukan ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Kenaikan harga barang keperluan seperti beras, gula, tepung, minyak yang agak tinggi meyebabkan golongan berpendapatan rendah terpaksa berjimat cermat dan bijak berbelanja. Ada juga pengguna yang terpaksa mencari barang pengganti lain yang lebih mahal. Secara tidak langsung, keadaan ini turut menjejaskan perbelanjaan isi rumah dalam tempoh fenomena kenaikan harga yang melanda negara kini.

Seperti yang kita sedia maklum, bukan golongan bawahan sahaja yang mengalami situasi ini, malah golongan atasan juga merungut dengan kenaikan harga minyak dunia. Golongan atasan atau mereka yang tinggal di bandar-bandar merupakan entiti masyarakat yang akan terjejas teruk disebabkan oleh kos sara hidup tinggi di Bandar.

Pergantungan pada kuasa beli bagi mendapatkan sesuatu barangan berbanding di kampung setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani. Kita boleh menganggap golongan bawahan bertambah sempit dan miskin dalam kehidupan mereka untuk menyara kos hidup mereka seharian walaupun mereka mempunyai hasil tani. Manakala golongan atasan atau mereka yang tinggal di bandar-bandar pula akan menjadi miskin akibat kenaikan harga minyak global ini kerana mereka bergantung pada barangan keperluan yang mereka beli seharian.

Seperti yang kita ketahui, negara kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan memegang prinsip keterbukaan dan pada masa yang sama bertindak melindungi kepentingan sesetengah syarikat besar pengeluar barang keperluan harian utama di Malaysia.

Dasar melindungi kepentingan syarikat pengeluar makanan seumpamanya adalah untuk membantu syarikat pengeluar makanan seperti ini membentuk harga pasaran yang lebih tinggi daripada margin keuntungan perbandingan dengan perbelanjaan kos pengeluaran. Kaedah ini boleh mendatangkan keuntungan terutama dalam aspek pengeluaran produk makanan dan pertanian yang tidak menuntungkan dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Dasar perlindungan dan kebergantungan kepada syarikat pengeluar bahan makanan utama ialah bagi memenuhi kehendak pengguna domestik saja dan keperluan masyarakat dalam negara.

Isu Kenaikan Harga Minyak

Harga petrol kini melambung kepada RM2.70 seliter berbanding RM1.92 dan diesel RM2.58 seliter berbanding RM1.58 sebelumnya. Kenaikan ini disifatkan yang paling tinggi dalam sejarah negara ini. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol ialah pada 28 Feb 2006 sebanyak 30 sen. Di sebalik kenaikan terbaharu ini, kerajaan dilapor masih perlu menampung subsidi sebanyak RM18 bilion setahun. Pengguna juga berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menanggung kenaikan harga bahan api yang lebih tinggi sekiranya kerajaan membuat keputusan menarik semula semua subsidi bahan api. Menyoroti kembali sejarah kenaikan harga minyak di Malaysia seperti berikut :

Sejarah Kenaikan Harga Minyak Malaysia.

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

24/08/2008 - RM 2.55 (penurunan RM 0.15)

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api pada 4 Jun lepas berkata kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan.

Bagi meringankan beban rakyat, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan. Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan.

Beberapa pandangan daripada pensyarah fakulti ekonomi dan muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),En. Yazis bin berhubung bayaran rebet tunai bahan api tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat. Kerajaan juga perlu menyelaraskan tarif dan kadar perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan perumahan di samping tarif TNB. Ini penting supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup.

Bahan bakar seperti minyak adalah perkara asas bagi menjana sumber pendapatan lain. Semua sektor berkait rapat dengan kenaikan ini malah ia juga memberi kesan langsung kepada sektor besar dan subsektor. Contohnya kontraktor kelas F yang mana sektor ini didominasi kaum bumiputera melayu.

Kenaikan mendadak ini sangat memberi tamparan hebat kepada kontraktor-kontraktor ini bagi terus bersaing serta daya tahan yang kental berikutan ekonomi tidak menentu ini. Ramai diantara mereka ‘gulung tikar’ tidak dapat mengurus dan bertahan dengan hutang yang kian bertambah.

Dengan kata lain, impak daripada kenaikan yang terburu-buru ini bagai menimbus periuk nasi rakyat sendiri,ujar beliau.

Menurut beliau lagi,dasar kerajaan perlu lebih serius mengenai hal rakyat. Kerajaan antaranya boleh membincang semula kontrak dengan PLUS bagi mengambil alih pengurusan penuh dibawah kerajaan pusat serta dapat menghapus bayaran tol setelah sekian lama beroperasi memungut bayaran tol kepada pengguna lebuh raya.

Persoalan mengenai adakah harga minyak bakal terus meningkat dalam tempoh terdekat.. “perkara ini bersandarkan kepada permintaan dunia terutama China dan Jepun dan Amerika Syarikat”. Tetapi penganalisis pula berpendapat adakalanya harga minyak bakal naik kepada paras tertinggi berikutan pergolakan Amerika dan Iran. Pendapat lain menyatakan paras harga minyak dunia bakal turun dengan keadaan alam yang tidak menentu melanda beberapa negara besar. Ini bakal memberi kesan terhadap peningkatan harga bahan bakar dunia.

Selain itu, industri perkapalan juga terkena tempias akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Industri ini tidak boleh lari daripada situasi ini kerana industri perkapalan yang merupakan kaedah pengangkutan yang menggunakan minyak secara intensif. Kenaikan harga fret pengankutan kargo atau freight rates yang dikenakan oleh para pemilik kapal merupakan kesan utama harga minyak yang semakin mendadak.

Harga minyak dunia hari ini menyusut $98.00 setong daripada $148.00 setong jun lalu. Keadaan ini berkaitan dengan bencana alam serta pengurangan import dari China dan Jepun. Yang menjadi persoalan disini, kerajaan hanya menurunkan 15sen sahaja malah penurunan itu langsung tidak menbantu golongan berpendapatan sedarhana dan rendah.

Kerajaan hendaklah memandang teguran NGO terutamanya mengenai pengurusan kenaikan harga minyak ini. Dapat mengkaji ketirisan dalam pengurusan nilai keluar masuk pendapatan negara agar lebih berhemah serta dapat memaksimumkan kepuasan kepada rakyat.

Saranan bernas kepada kerajaan mengenai pengurusan kenaikan harga minyak ini perlu diteliti lebih mendalam agar tidak berlaku pengulangan kegawatan ekonomi (1997-1998). Ketelitian kerajaan mengenai bebanan rakyat amat perlu berhubung keadaan politik negara yang tidak menentu sekarang. Kuasa memilih pemerintah berada ditangan rakyat,rakyatlah bakal menghukum setiap tindak-tanduk kerajaan dalam pengurusan kewangan negara terutamanya.

Rakyat hanya mahukan keselesaan,kesenangan serta kemudahan maksimum yang dapat kerajaan berikan. Waktu ini sejarah penting sebagai rujukan dalam menangani kenaikan harga minyak secara mendadak ini hanya mengucar-kacirkan lagi keadaan negara.

Isu kenaikan Harga barang

Implikasi daripada peningkatan harga bahan bakar dunia, permintaan terhadap penggunaan barangan asas terus meningkat. Dalam masa yang sama peningkatan kos bahan bakar turut membebani peniaga-peniaga terutama peniaga kecilan.

Kesan daripada itu pemintaan mendadak berbanding penawaran maka berlakulah peningkatan harga barang terutamanya barang keperluan harian bagi isi rumah. Ini menjadi perkara biasa dalam amalan ekonomi apabila sesuatu sumber berlaku peningkatan harga bahan maka semua aliran turut merasai kenaikan kos tersebut. Isu kenaikan harga barang riuh diperkatakan malah kerajaan sendiri mengambil pelbagai langkah bagi menangani kenaikan harga barang.

Tindakan tegas akan dikenakan bagi peniaga yang menaikan harga barang kawalan terutamanya berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan oleh kerajaan Jun lalu. Pada akhir September baru-baru ini kerajaan menurunkan harga bahan bakar itu sebanyak 15sen seliter.

Tetapi peningkatan harga barang tetap barlaku,malah menurut penganalisis ekonomi kesan kenaikan harga bahan bakar amat mempengaruhi kenaikan bahan lain. Ini mengambil masa bagi mengawal kenaikan harga barang kepada harga syiling asal.

Menurut peniaga,peningkatan mendadak harga bahan bakar sangat memberi kesan terhadap pendapatan mereka sejak harga bahan bakar dinaikkan. Sesetengah peniaga kecil terpaksa memberhenti buat seketika perniagaan mereka kerana bebanan yang mendadak akibat harga bahan bakar.

Bagi peniaga-peniaga ini mereka tiada pilihan lain selain daripada menaikan harga barang bagi menampung harga kos yang dikeluarkan. Risiko terpaksa diambil mahupun jualan akan terjejas berikutan kenaikan harga barang. Harga beras jelas menampakkan kenaikanya jesteru memberi tamparan kepada kerajaan bagi memandang serius terhadap kenaikan harga barang ini.

Harga barang terus meningkat tinggi apabila sesetengah peniaga menyorok barang untuk tujuan meningkatkan lagi harga barang tersebut berikutan bakal berlaku peningkatan permintaan terhadapnya. Pembeli tiada pilihan selain terpaksa membeli barang tersebut walaupun harganya meningkat sekali ganda daripada harga syiling asal.

Keadaan ini menjadikan rakyat dibebani pelbagai masalah lain,antaranya berlaku kemorosotan dalam akuan bank. Penggalakan nilai wang dipasaran berluasa serta berlaku pembaziran. Ini amat memberi kesan mendalam kepada rakyat yang berpendapatan rendah terutamanya. Jika pekara ini tiadak dapat diatasi dengan cekap Negara bakal berhadapan dengan masalah yang besar. Ingauan inflasi bakal melanda Negara buat kali kedua.

Berhubung analisa bank Negara, kadar kemiskinan tegar terus meningkat dan berlaku inflasi dalam tempoh sesingkat mungkin. Keadaan ini yang terburuk penah melanda Negara malah membuka mata kerajaan membaiki serta membuat penilaian semula terhadap kenaikkan harga bahan bakar.

Kos Sara Hidup Meningkat

Tidak dapat tidak rakyat lari daripada kesan kenaikan harga minyak dunia secara mendadak ini dengan berlakunya peningkatan kos sara hidup. Minyak adalah segalanya,semua sektor bargantung kepada kenaikan serta penurunan harga bahan bakar. Tidak hairanlah berlaku kenaikan harga barang selepas kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan jun lalu.

Pembincangan berhubung kenaikan kos sara hidup yang tinggi menjurus kepada berlaku inflasi dalam Negara dengan cepat. Perangkaan yang dikeluarkan bank Negara suku tahun pertama 2008, inflasi berlaku sekitar 3.0% sahaja. Selepas mengumuman kenaikan harga minyak jun lalu,kadar itu melonjak tinggi kepada 6.0% dalam tempoh sebulan setengah. Awal September 2008,kadar inflasi terus melonjak tinggi kepada 7.7% yang dikeluarkan bank Negara Malaysia.

Penurunan kadar harga minyak 15sen oktober lalu tidak sedikit pun mempengaruhi penurunan kadar inflasi dalam negara. Ramai penganalisis berpendapat bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan tangkas agar ekonomi negara terus berada dalam keadaan stabil. Jika perkara ini dilengah-lengahkan,padah bagi kerajaan dalam pengurusan bakal terasa dimana ramai pelabur asing ‘angkat kaki’ daripada terus melabur dalam negara ini.

Beban yang ditanggung rakyat amatlah dititik beratkan. Masyarakat didesa,pekan kecil bakal menerima peningkatan kos sara hidup yang perit berbanding masyarakat kota. Walau bagaimanapun peningkatan yang keterlaluan dua kali ganda seumpamanya bakal mengundang kekacauan dalam ekonomi negara. Kesempitan hidup masyarakat desa yang bergantung harap sumber pendapatan meraka kepada pertanian juga pekerjaan kampung amat terasa dengan kenaikan kos sara hidup ini.

Pekerjaan mereka juga terjejas,malah dibebani masalah kewangan lain seperti hutang rumah,wang perbelanjaan keluarga bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai. Ini perlu dipandang serius dalam usaha kerajaan menangani kadar kemiskinan tegar dalam negara yang mana puratanya menurun setiap tahun.

Inflasi Negara Meningkat

Inflasi bermaksud "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untuk mendapatkan semua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan.

Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, “kenaikan harga makanan dan bahan api telah meningkatkan inflasi Malaysia pada bulan Mei 2008 iaitu 3.8 peratus, kadar tertinggi dalam tempoh 22 bulan sebelum kerajaan meningkatkan harga minyak pada bulan lalu”. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa kadar inflasi akan terus meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak dunia dan Malaysia. Ironinya kenaikan iflasi menambahkan lagi beban kos sara hidup rakyat.

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor atau kombinasi seperti inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, inflasi tarikan permintaan yang berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permitaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu, inflasi diimport berdasarkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing,serta jangkaan pengguna juga dapat menimbulkan keadaan inflasi dalam negara.

Langkah Membendung Krisis Ekonomi.

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan keadaan harga dalam ekonomi negara yang membangun dengan pesat. Pengamalan dasar kewangan yang ketat bagi mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran. Dasar fiskal bagi pengawalan cukai terhadap barangan makanan,barang-barang isi rumah,elektrik.elektronik dan sebagainya.

Dasar pasaran kita yang terlalu bergantung kepada ukuran permintaan dan penawaran tanpa kawalan daripada pihak bertanggungjawab akan menyebabkan berulangnya inflasi.

Strategi belanjawan demi pemulihan dan keadilan.

Pada prinsipnya, asas utama campurtangan pemerintah hanya kerana terdapat kegagalan pasaran. Kalau pasaran atau sektor swasta dapat mencapai hasrat kita dengan lebih cekap dan berkesan, campurtangan pemerintah tidak perlu dan tidak dikehendaki.

Strategi belanjawan kerajaan sepatutnya melawan kitaran: apabila ekonomi berkembang dengan pesat, kerajaan patut berjimat, tetapi dalam keadaan meleset, defisit sementara mungkin perlu untuk memulihkan ekonomi.

Perlaksanaan dasar penswastaan setakat ini untuk memastikan:

  • penjualan perusahaan serta harta kerajaan lain tidak lagi merugikan kerajaan, dan seterusnya rakyat
  • kedudukan kewangan kerajaan bertambah baik, bukan lebih buruk
  • pertumbuhan ekonomi tidak terbantut kerana kewangan dialihkan daripada pelaburan baru dalam ekonomi sebenar
  • penyusunan semula sektor awam supaya menjadi lebih cekap dan lebih peka terhadap kehendak rakyat
  • kepentingan pekerja serta pengguna dimajukan

Sektor awam perlu disusun semula untuk memastikan perusahaan awam tidak menjadi beban besar terhadap kerajaan, ekonomi dan rakyat harus diurus dengan lebih cekap dan berkesan untuk mendatangkan hasil pendapatan lebih besar bagi kerajaan.

Percukaian lebih adil.

Bagi menangani kesaksamaan pengutipan cukai beberapa langkah telah dirangka antaranya menggunakan dasar fiskal, termasuk sistem percukaian, untuk menggalakkan kegiatan yang diingini dan mengurangkan perkara yang tidak dikehendaki. Oleh demikian, pengecualian tambahan akan diberi untuk menggalakkan sektor swasta membelanja lebih untuk melatih pekerja mereka ataupun untuk menjalankan penyelidikan.

Cukai import untuk melindungi perusahaan tempatan serta pengecualian daripada cukai merupakan satu insentif penting untuk menggalakkan pelaburan produktif untuk eksport yang dikehendaki. Perlindungan sementara patut diberi kepada perusahaan atau industri baru yang mampu memperoleh kemampuan untuk bersaing pada peringkat antarabangsa dalam masa yang singkat. Potongan cukai untuk kegiatan memajukan eksport patut ditingkatkan kepada 300%. Kerajaan akan meningkatkan usaha menarik pelaburan yang dikehendaki serta memperluaskan lagi pasaran eksport, dengan lebih manafaat kepada kepentingan perusahaan kecil dan sederhana.

Perbelanjaan Berhemah

Kerajaan harus peka memberi perhatian khusus kepada beberapa cabaran jangka panjang, termasuk:

  1. Usaha menggalakkan pelaburan swasta yang dikehendaki seperti sektor yang menambahkan nilai yang banyak. Senarai industri untuk digalakkan melalui pengecualian cukai akan ditambahkan; program pembiayaan usahawan yang tidak hanya berasaskan cagaran akan dikembangkan; pelaburan dalam perkhidmatan dan industri strategik akan digalakkan. Langkah berkenaan akan dilaksanakan selewat-lewatnya setahun setelah kajian diterima.
  2. Penyusunan semula sektor korporat mesti diberi perhatian oleh pihak kerajaan walaupun merupakan cabaran sektor swasta. Pasaran modal perlu diberi perhatian khas, memandangkan cabaran baru yang akan timbul pada masa hadapan. Mewujudkan dialog peringkat tinggi antara kerajaan dengan wakil pelabur (tempatan dan asing) untuk mencari jalan untuk mempercekapkan pasaran modal tanpa menggadaikan kepentingan nasional.

  1. Usaha meningkatkan produktiviti serta daya saing dari segi lain, terutamanya pada peringkat antarabangsa berikutan penimbangan dasar persaingan yang sesuai di samping meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia pada peringkat antarabangsa.
  2. Cabaran baru dari segi pembiayaan pendidikan, kesihatan, perumahan dan kehendak asasi rakyat yang lain. Mengkaji semula perkhidmatan sosial yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kelewatan dan membaiki perkhidmatan kepada orang ramai. Usaha ini juga akan melibatkan syarat pekerjaan kakitangan serta langkah lain demi membaiki mutu perkhidmatan keseluruhannya.

Wednesday, July 9, 2008

SARJANA MUDA YANG PELIK...

Nama program yang saya ambil di USIM ialah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, tapi setakat ni apa yang saya belajar di universiti ni boleh di katakan 80% subjek yang berkaitan dengan pengajian Islam, subjek program komunikasi sudah seperti subjek elektif pulak dan bukan subjek teras seperti yang sepatutnya. Saya cuba jugak dapatkan jawapan dari bahagian akademik tapi diorang tak bagi tanya dan suruh duduk diam2 dan belajar saja subjek yang telah di tetapkan. Bila saya fikir2 balik dari satu sudut memang lah bagus bak kata orang putih “ for the sake of knowledge it’s good “ tapi bila saya melihat perkara ni dari sudut pandangan yang berbeza ia seolah2 lebih memberi penekanan di aspek teori dan subjek yang tidak berkaitan dengan program dan akan mengakibatkan pelajar2 lebih memahami subjek lain dari program yang di ambil sedangkan pelajar sepatutnya lebih memahami, mahir dan menguasai subjek program yang di ambil.

Macam dalam kes saya ni, di awal2 kemasukan ( sudahlah Program Komunikasi Usim tidak menawarkan program komunikasi organisasi atau perhubungan awam yang saya idam2kan ) saya agak terkejut juga apabila mengetahui yang program komunikasi di USIM wajib di ambil selama 4 tahun sedangkan di IPTA lain tidak lah selama itu. Dan yang terbaru bila saya semak balik subjek untuk semester 4 ni, saya agak terkejut yang subjek program saya hanyalah 2 subjek sahaja sedangkan subjek wajib Universiti ada 6 dan subjek2 itu tidak berkaitan langsung dengan program komunikasi, dan saya tidak terperanjat kali ini kerana memang saya dah menjangkakan subjek2 tu ialah subjek pengajian Islam. Sehinggakan saya bertanya kepada diri saya sendiri, adakah saya mengambil jurusan komunikasi di USIM ini atau jurusan Pengajian Islam???

Adakah pihak Universiti mahu menjadikan kami semua ustaz dan ustazah dalam bidang yang akan kami sertai atau mahu menambah beban pengajian yang sudah sedia ada??? Tidak kah pihak Universiti berfikir bahawa tindakan mereka menjadikan pelajar sebagai bakal graduan penghafal buku dan bukannya graduan yang kreatif di dalam bidang masing2??? Sudah lah cara pembelajaran di Universiti lebih beroreintasikan peperiksaan dan melebihkan metod teori dari praktikal, dan ini amatlah membebankan para pelajar...

Kami para pelajar USIM yang pihak universiti pilih sudah sedia maklum berlatarbelakangkan pengajian Islam, jadi tidak perlulah pelajar di bebankan lagi dengan subjek2 pengajian Islam yang sama sekali tidak berkaitan dengan jurusan yang kami ambil.

Jadi saranan saya, tolonglah rombak semula silibus pembelajaran bagi program2 yang di tawarkan di USIM supaya kepala otak kami tidak lah terbeban sangat dengan subjek2 tersebut dan kami dapat lebih menumpukan perhatian kepada subjek2 jurusan yang kami ambil untuk di mahirkan dan di kuasai bagi memenuhi keperluan industri pekerjaan yang mahukan pekerja yang mahir dan kreatif dalam menjalankan tugas.

BENDAHARI USIM KEJAM!!!

BENDAHARI USIM KEJAM!!!

Di sini saya ingin melahirkan kekesalan, kekecewaan kan rasa terkilan yang amat sangat di hati kecil ini berkaitan dengan pemotongan wang pinjaman PTPTN ( baca PTPTIPU ) oleh pihak bendahari USIM. Ada ke patut bendahari USIM potong habis duit PTPTN ( baca PTPTIPU ) sem 4 ni bagi mereka-mereka yang belum jelaskan hutang untuk yuran pendaftaran sem 1 ( RM1270 ), abis pelajar nak makan apa??? Nak beli buku guna duit apa??? mereka tak fikir ke tindakan mereka menyebabkan hampir 1000 pelajar yang bakal mengikuti sem 4 tahun 2 USIM minggu depan menyusahkan, menyesakkan, dan menambah kesusahan pelajar yang sedia ada ( beberapa isu-isu kecil dan besar yang pentadbiran USIM belum selesaikan ).

Yuran semester 4 di potong juga dari akaun PTPTN pelajar ( RM1270 ) termasuk juga yuran semester pendek RM345, jadi jika di potong dari pinjaman PTPTN ( baca PTPTIPU ) sebanyak RM3000 untuk satu semester baki yang tinggal untuk kegunaan pelajar selama empat bulan kurang lebih adalah sebanyak RM115!!!

Soalan saya, apakah Bendahari USIM a.k.a Penghisap darah lupa yang pelajar seperti kami ini bergantung sepenuhnya kepada wang pinjaman PTPTN ( baca PTPTIPU )???? Apakah pihak Bendahari sudah hilang pertimbangan kemanusiaan ( seperti yang berlaku kepada pemimpin Malaysia sekarang yang mengalihkan beban kenaikan harga minyak kepada rakyat dan sehingga ke saat ini masih menyalak dan melaungkan slogan kerajaan bersama-sama rakyat menanggung keperitan, tapi gaji menteri tak kurang pun ), tentang kesukaran hidup tanpa pendapatan bulanan ( mereka tiap-tiap bulan gaji masuk ) di kala kenaikan harga barang dan kos sara hidup meningkat????

Saya melihat perkara ini dari sudut pengurusan, memang lah pihak universiti mahu mengelakkan dari hutang tertunggak, tapi dari sudut pandangan pelajar, tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana yang menanggung beban dari tindakan itu ialah kami...


Justeru, saranan saya, jika sekiranya pihak universiti mahu memotong wang pelajar selepas ini, tolonglah potong mengikut kadar yang berpatutan, ni kalau dah potong sampai tinggal rm100, nak beli buku pun tak cukup nak makan lagi lah tak cukup kerana kami bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN...


Saturday, July 5, 2008

Setahun yang memeningkan!

Setahun dah kat Usim ni, tapi rasa macam belajar kat sek men pulak Cuma tmpt je lain dari sek men, ye lah kelas dah di tentukn oleh akademik, even jadual kelas pun akademik, pelajar hanya datang campus masuk kelas, pstu break jap then masuk kelas balik, cukup time balik kolej, then esok mcm tu jugak..dah la kelas tutorial kami tak boleh tukar2 just ikut je pe yg di tetapkn oleh akademik,bkn mcm ipta lain yg blh ubah jadual kelas ikut kesesuian dan persetujuan pelajar dan pensyarah/tutor, kalo mcm tu kn bagus, atleast kami blh la bahagi2 kn masa untuk kegiatan2 pelajar yang lain dan bagi yang kesempitan wang boleh la jugak bekerja sambilan untuk menampung kos sara hidup yg dh memang menigkat di nilai ni dari dulu smpai la skrg ni,aku rasa kawasan K.L ( masa pjbt aku keje dulu kat kg baru) pun x la semahal barang n makanan kat Nilai ni,

Masa : 7:40 pm ( suam2 kuku )
Tarikh : 4/7/08 ( 2 hari sebelum mula sem3 )